Gambar Pembangunan STAIL

Tuesday 21 June 2011

STAIL&SMART Terima Bantuan

Alhamdulillah pada hari Isnin yang lalu pihak STAIL&SMART telah menerima bantuan dana daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM 80,000.00 yang dimasukkan terus ke dalam akaun Sekolah Menengah Arab Tahfiz. Ini merupakan kali ketiga STAIL&SMART menerima bantuan daripada kerajaan negeri sejak STAIL&SMART ditubuhkan selama 12 tahun yang lalu. Oleh itu pihak STAIL&SMART mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang sudi membantu STAIL&SMART. Pada hari ini Rabu 22 Jun 2011 STAIL&SMART telah menerima sumbangan wakaf sebanyak RM 80,000.00 daripada seorang hamba Allah yang dermawan. Wakaf ini adalah untuk pembinaan surau dan kantin sekolah yang berjumlah RM 700,000.00. Sesungguhnya masih ada insan-insan yang berhati mulia seperti hamba Allah ini. Beliau bukanlah seorang jutawan tetapi insan yang kaya hati dan iman lantas tidak lokek untuk menyumbang ke jalan Allah. Kenapa para pembaca yang lain kenapa ditunggu lagi? Marilah kita merebut peluang untuk membina rumah Allah ini.. Bersedekah dengan apa yang ada bukan dengan apa yang berbaki. Kalau pendapatan RM 1000.00 teruslah bersedekah RM 10.00 jangan pula ditunggu setelah berbelanja baru hendak menginfaqkannya.
Kepada para muslimin dan muslimat dan sesiapa sahaja yang bersimpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk zakat atau wakaf atau sedeqah boleh menghubungi Ustaz Ahmad Fahmi 013-4881601 atau Che Din 013-4476556. Anda juga boleh terus memasukkan wang ke akaun berikut kemudian memaklumkan secara sms jumlah yang dimasukkan dan jenis sumbangan.

Akaun BIMB Sekolah Tahfiz Al-Islah 07043011010032


Monday 13 June 2011

Derma Kenduri Buka Puasa Cuma RM 5.00...

Mereka begitu susah hingga kadang-kadang makan nasi berlaukkan cili dan garam dan air asam sahaja..

Kemiskinan mereka tergambar pada rumah kediaman yang amat dhaif... rata-rata rumah mereka begini..
Hadith: Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". (At-Tirmidzi).

Berdasarkan hadis ini maka pihak Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART) akan mengadakan program Jamuan berbuka puasa di kampung-kampung umat Islam di Kemboja dan Vietnam pada bulan Ramadhan ini. Oleh itu marilah kita menghulurkan sumbangan dengan kadar serendah RM 5.00 sahaja untuk jamuan seorang dan RM 50.00 jika jamuan untuk 10 orang. Terpulanglah kepada tuan puan berapakah jumlah yang ingin diberikan. Lagi banyak lagi la bagus.... Kenduri bulan puasa, untuk orang miskin pula, bertambah-tambahlah lagi ganjaran yang akan diperoleh daripada Allah s.w.t. Jangan tunggu lagi datanglah ke pejabat STAIL&SMART dan hulurkanlah wang jamuan tersebut. No.telefon pejabat 045732622 atau hubungi Ustaz Ahmad Fahmi 013-4881601. Anda juga boleh masukkan wang ke dalam akaun Bank Muamalat 07040000343717 atas nama Ahmad Fahmi bin A.Bakar dan Wardatul Iman Sidhu Abdullah. Akaun ini adalah akaun khas jamuan buka puasa. Tarikh tutup penyertaan 20/7/2011

Sunday 12 June 2011

Pembinaan Asrama dan Surau Sementara


Sebagaimana maklum bagi sebuah sekolah yang sedang dalam proses pembangunan terlalu banyak perkara-perkara yang berkaitan fizikal terpaksa diadakan secara sempurna atau secara sekadar ada. Untuk menanti sebuah surau dan asrama yang selesa terbina mungkin memakan masa setahun atau 2 tahun, maka pihak STAIL&SMART telah mengambil keputusan untuk membina asrama sementara dan surau sementara dengan anggaran kos RM 25,000.00. Pembinaan menggunakan bahan-bahan terpakai wakaf, seperti kayu, bumbung dan besi di samping bahan-bahan baru yang dibeli. Bangunan asrama dan surau sementara ini akan tetap digunakan walaupun bangunan tetap telah siap dibina. Bangunan sementara akan bertukar status penggunaan daripada sebuah surau kepada sebuah dewan aktiviti pelajar atau ruang kelas. Untuk bangunan sementara asrama pula akan bertukar status menjadi kedai sekolah. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembangunan STAIL&SMART bolehlah memasukkan wang ke akaun berikut dan smskan jumlah amaun yang dimasukkan ke 013-4881601 atau 013-4476556. Sekian Terima kasih...
No. Akaun BIMB Sekolah Tahfiz Al-Islah 07043011010032
No.Akaun Maybank Sekolah Menengah Arab Tahfiz 557447202508

Friday 10 June 2011

Pembinaan Surau Dan Kantin..

Tahun 2011 menyaksikan pertambahan pelajar yang begitu ketara bagi pihak STAIL&SMART. Bangunan baru yang kini diduduki masih belum mampu menampung pertambahan pelajar dan masih banyak kelengkapan yang diperlukan. STAIL&SMART masih belum mempunyai surau dan kantin yang kondusif untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dua tempat tersebut. Sistem pembelajaran STAIL&SMART yang menyaksikan solat 5 waktu ditunaikan setiap hari dan rehat sebanyak dua kali iaitu waktu pagi dan tengah hari dengan jumlah pelajar mencecah 550orang. Sekarang ini para pelajar terpaksa makan di kantin sementara yang hanya merupakan 'khemah kenduri'. Begitu juga dengan surau, di mana sekarang ini para pelajar terpaksa bergilir sebanyak 3 kali untuk bersolat di ruang bilik mesyuarat guru.
Oleh itu pihak STAIL&SMART amat memerlukan surau dan kantin untuk memberi keselesaan kepada para pelajar dan warga STAIL&SMART. Anggaran kos keseluruhan pembinaan surau dan kantin ini ialah RM 700,000.00. Kepada para muslimin dan muslimat dan sesiapa sahaja yang bersimpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk zakat atau wakaf atau sedeqah boleh menghubungi Ustaz Ahmad Fahmi 013-4881601 atau Che Din 013-4476556. Anda juga boleh terus memasukkan wang ke akaun berikut kemudian memaklumkan secara sms jumlah yang dimasukkan dan jenis sumbangan.

Akaun BIMB Sekolah Tahfiz Al-Islah 07043011010032 
Surau lama telah dirobohkan untuk dibina bangunan 2 tingkat surau dan kantin
Akaun Maybank Sekolah Menengah Arab Tahfiz 557447202508

Alhamdulillah...

Kalimah syukur ke hadrat Allah yang telah memberi keizinan untuk kami warga STAIL&SMART menduduki dan mendiami bangunan baru yang telah siap dibina pada bulan Jun tahun lepas. Walaupun siap namun pihak STAIL&SMART masih berhutang dengan pihak sebanyak RM600,000.00 lagi. Setiap bulan kami perlu membayar RM 20,000.00 kepada pihak bank. Nak buat macam mana, keperluan amat mendesak untuk mendapatkan bangunan baru. Sekarang ini pihak STAIL&SMART sedang memulakan Fasa kedua pembangunan iaitu pembinaan surau dan kantin serta pembelian tanah baru. Wang yang diperlukan ialah RM 1.7juta. Bantulah kami untuk terus berjaya dan mencapai Visi kami iaitu Menjadi pusat pendidikan Islam yang unggul di negeri Pulau Pinang 2015. Sumbanglah walau RM 1.00 untuk dana ini atau sebarkanlah laman web ini atau jadilah teman di facebook kami. Janganlah anda cuma membaca tanpa bertindak, mudah-mudahan tindakan anda menjadi asbab untuk mendapat rahmat Allah...

No. Akaun BIMB Sekolah Tahfiz Al-Islah 07043011010032
No.Akaun Maybank Sekolah Menengah Arab Tahfiz 557447202508

Thursday 9 June 2011

Terima Kasih....

Assalamualaikum kepada semua para pengujung blog Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART). Alhamdulillah setelah beberapa lama akhirnya dapat juga saya wujudkan blog projek pembangunan STAIL-SMART buat tatapan semua. Sebenarnya blog ini ialah blog pengganti bagi http://projektahfiz.blogspot.com/ yang telah lama tidak beroperasi kerana blogmasternya tidak lgi berkhidmat di STAIL&SMART. Oleh itu maklumat terbaru mengenai projek pembangunan STAIL&SMART ini, boleh didapati daripada blog ini. Terima kasih dan jazakumullah khairal jaza' di atas sokongan tuan-puan kepada sekolah ini. Tolonglah kami jikalau tidak dengan wang ringgit pun, sekalung doa dan hebahkanlah blog ini kepada rakan-rakan lain.

Projek Pembangunan STAIL-SMART

Bantu Kami Mencapai RM5 juta Untuk Pendidikan Islam